Thursday 29 January 2009

NASI AYAM RM 1.90


Ada kedai makan di Jerteh menjual nasi ayam. Murah dan emmm....boleh tahan sedapnya.

Sunday 25 January 2009

KEROPOK LEKOR


Keropok Lekor sangat popular di Terengganu. Sepanjang jalan dari Kemaman hingga ke Besut banyak gerai yang menjual keropok lekor. Kesedapan keropok lekor turut turut memikat orang luar Terengganu.

Wednesday 21 January 2009

RINGKAS, CEPAT, SEDAP....


Budu sangat popular di Kelantan & Terengganu. Setiap kali makan mesti ada budu. Tak ada budu, 'tak lalu makan' . Sampai begitu sekali tahap kefanatikan penggemar budu.

Makan nasi dengan budu sahaja pun, penggemarnya mampu menghabiskan 2/3 pinggan nasi.

Thursday 8 January 2009

BOIKOT BARANGAN AMERIKA / ISRAEL


Walaupun kita sibuk dengan tugas dan anak2, kita juga patut mengetahui hal2 semasa. Keganasan Israel terhadap rakyat palestin sangat menyentuh hati kita. Jadi marilah kita membantu rakyat palestin dengan kadar kemampuan kita.


Sebagai surirumah kita yang banyak pergi 'shoping' barang2 keperluan rumah/dapur. Jadi elakkan membeli barang2 keluaran Amerika dan Israel. Membeli barangan mereka seolah2 kita bersubahat dengan mereka membunuh anak2 palestin yang tidak berdosa.
Untuk maklumat jenis barangan sila lawat: http://yusofembong.blogspot.com/

Wednesday 7 January 2009

BUNGKUS MEMBUNGKUS


Bila sekolah buka maka bermulalah zaman sibuk, hantar anak, ambil anak. Maka nak masak pun tak sempat. Jadi aksi bungkus membungkus jadi amalan biasa bagi ibu2 yang bekerja.

Thursday 1 January 2009

MAIN ORDER

(gambar hiasan)

Hari ni terasa nak makan nasi beryani. Saya pun siap-siap lah...jeng-jeng...nasi beryani.

Beli kat kedai di bandar Jerteh. Beli 3 bungkus cukup utk sekeluarga.