Thursday 18 June 2009

PASAR MINGGU KUALA BESUT





Setiap hari Jumaat, seawal 7.30 pg orang ramai berpusu-pusu datang ke Pasar Minggu Kuala Besut. Macam-macam jenis makanan, buah-buahan, pakaian, ikan, sayur, bundle...pendek kata macam-macam ada.....

Pusing-pusing dua jam tak terasa, sedar2 poket kering..tangan penuh dengan barang2 yang dibimbit..tak larat dah.....

Friday 12 June 2009

DURIAN RAJA BUAH ?



Musim durian nampaknya tiba lagi, kat Kelantan,Terengganu; nampaknya berbondong2 durian dari siam masuk. Sebenarnya durian siam ni kurang enak rasanya nak dibangdingkan dengan durian kampung. Tapi durian kampung belum lagi bermusim, durian siam pun boleh lah...

Makan durian ni kalau tak buat pulut durian macam 'tak sah' je...makan pulut durian baru terasa kepuasannya.

Wednesday 3 June 2009

AYAM: KES YANG SERING BERULANG

Surat khabar melaporkan ada peniaga di Aor Star menjual ayam yang tak disembelih. Pengguna yang tertipu satu hal, peniaga yang menipu tu menanggung dosa besar (yang Islam). 

Kemudian hasilnya diberi anak isteri makan.  Maka  lahirlah anak2 yang derhaka, tak ikut cakap ibu bapa. 

Sebab dan puncanya bapa yang memberi makan anak isteri dari sumber yang haram.






PENGARAH Jabatan Perkhidmatan Perbadanan dan Kesihatan MBAS, Tunku Abaidah Tunku Yususf (kanan) bersama seorang penguat kuasa memeriksa ayam yang dirampas di Alor Setar semalam.

(sember: kosmo online)










Monday 1 June 2009

HASIL KEBUN

Kata orang berbudi kepada tanah tak sia-sia. Dari tanah keliling rumah kosong aje, 'cik abang' saya tanam la pisang dan mempelam (pauh). Alhamdulillah ada juga hasilnya...