Thursday, 14 May 2009

Sayur gajus@ketereh@jambu golok



Buah gajus yang mekar (separuh masak) sungguh sedap dibuat sayur lemak. Caranya senang je, setelah dipotong2, celurkan ia, kemudian perah airnya, kemudian masaklah macam biasa. Nak sedap lg tambahkan sotong/udang.

Friday, 1 May 2009

TERKENANG SEMASA DULU


Masa dulu2 makan ubi kayu cicah dengan kelapa (nya) sebagai sarapan pagi memang sedap. Kalau makan ramai2 lagi sedap....

Thursday, 30 April 2009

IKAN SINGGANG

(gambar hiasan)


Ikan singgang merupakan menu yang menyihatkan, kerana tidak mengandungi lemak. Selain itu memasak ikan singgang cepat dan pantas.

Thursday, 16 April 2009

MAKAN ULAM..SIHAT


Ulam ni di kenali sebagai 'PUCUK KETEREH'. Memang sedap dicicah dengan budu. Selain dari sedap pucuk ini baik untuk orang 'kencing manis'.

Thursday, 9 April 2009

ETAK : SNEK DARI KELATE


Etak ni memang sedap dan ralik dimakan. Etak ni banyak didapati di Kelantan. Tempat lain ada jugak, tapi orang tak tahu cara2 nak memprosesnya supaya jadi sedap.

Friday, 3 April 2009

MASAK GULAI


Sesekali 'cik abang' saya menunjukkan skil memasaknya. Hari ni dia masak gulai ikan ebek,
yang jadi masalahnya, kejap2 tanya 'masuk apa lagi ?' Hasilnya boleh tahan la...

Friday, 27 February 2009

TELUR KICAP


Semenjak seminggu dua ni sibuk betul...sehinggakan tak sempat nak pikir ttg makan. Makan pun ala kadar, asal ada je...

Anak2 goreng telur dengan kicap, laju semacam mereka makan.

Saturday, 21 February 2009

GULAI ITIK


Gulai itik memang sedap...hingga menjilat jari.

Orang sebelah besut panggil 'Itik Serati', ada juga panggil 'itik nila'.

Kelebihan itik ni, dia boleh terbang. Kelebihannya lagi kalau dimasak gulai, percik, goreng atau apa2 aje...memang sedap!!

Tuesday, 10 February 2009

SATAR KUALA KEMAMAN PALING SEDAP DI DUNIA

Minum petang sambil makan satar di Kuala Kemaman memang sedap dan menyeronokan. Kena pulak air kelapa atau cendul, 10 biji/ketul satar lesap begitu je. Malam tak payah masak sebab dah kenyang. Alhamdulillah....

Thursday, 29 January 2009

NASI AYAM RM 1.90


Ada kedai makan di Jerteh menjual nasi ayam. Murah dan emmm....boleh tahan sedapnya.

Sunday, 25 January 2009

KEROPOK LEKOR


Keropok Lekor sangat popular di Terengganu. Sepanjang jalan dari Kemaman hingga ke Besut banyak gerai yang menjual keropok lekor. Kesedapan keropok lekor turut turut memikat orang luar Terengganu.

Wednesday, 21 January 2009

RINGKAS, CEPAT, SEDAP....


Budu sangat popular di Kelantan & Terengganu. Setiap kali makan mesti ada budu. Tak ada budu, 'tak lalu makan' . Sampai begitu sekali tahap kefanatikan penggemar budu.

Makan nasi dengan budu sahaja pun, penggemarnya mampu menghabiskan 2/3 pinggan nasi.

Thursday, 8 January 2009

BOIKOT BARANGAN AMERIKA / ISRAEL


Walaupun kita sibuk dengan tugas dan anak2, kita juga patut mengetahui hal2 semasa. Keganasan Israel terhadap rakyat palestin sangat menyentuh hati kita. Jadi marilah kita membantu rakyat palestin dengan kadar kemampuan kita.


Sebagai surirumah kita yang banyak pergi 'shoping' barang2 keperluan rumah/dapur. Jadi elakkan membeli barang2 keluaran Amerika dan Israel. Membeli barangan mereka seolah2 kita bersubahat dengan mereka membunuh anak2 palestin yang tidak berdosa.
Untuk maklumat jenis barangan sila lawat: http://yusofembong.blogspot.com/

Wednesday, 7 January 2009

BUNGKUS MEMBUNGKUS


Bila sekolah buka maka bermulalah zaman sibuk, hantar anak, ambil anak. Maka nak masak pun tak sempat. Jadi aksi bungkus membungkus jadi amalan biasa bagi ibu2 yang bekerja.

Thursday, 1 January 2009

MAIN ORDER

(gambar hiasan)

Hari ni terasa nak makan nasi beryani. Saya pun siap-siap lah...jeng-jeng...nasi beryani.

Beli kat kedai di bandar Jerteh. Beli 3 bungkus cukup utk sekeluarga.