Tuesday, 27 October 2009

MERAH DELIMA


Baru2 ni saya pergi ke Wakaf Che Yeh. Tiba2 terdengar '5 sepuluh, 5 sepuluh....besar2" Rupa2nya orang jual buah delima 5 biji RM10.00, besar2 pulak tu.....

Saya yang memang suka sangat makan buah ni terus beli tanpa banyak bicara...

Thursday, 22 October 2009

DURIAN BELANDA


Durian ini dikenali juga dengan Durian Selat. Boleh dimakan begitu saja atau dibuat jus. Buahnya yang belum masak sepenuhnya (mengkar) sangat sedap dibuat pengat.

Friday, 16 October 2009

'PO NGO TO' = PENGAT

(pisang kelat lega/kelat siam)


Cik Abang bawak balik pisang....pikir2 buat pengat je...senang, sedap, berkhasiat.



Dah siap...pengat pisang

Friday, 25 September 2009

HIDANGAN HARI RAYA




Dalam kemeriahan biskut/kue moden tak leh lawan lemang, ketupat, nasi himpit, rendang sebagai hidangan pada hari raya. Kue2 moden tu, demo pakat tengok je...

Wednesday, 16 September 2009

PECUTAN AKHIR


Kalau disekolah guru2 sibuk dengan persediaan utk murid2 mereka menghadapi peperiksaan; yang terdekat PMR (mula 7 okt).

Maka kita yang ramadhan tinggal 2@3 hari lagi bagaimana ya???

Friday, 28 August 2009

AMALAN DI BULAN RAMADHAN


BERSEDEKAH

Sedekah boleh dilakukan dalam berbagai cara, harta benda, makanan pakaian dan lain-lain lagi

Saturday, 22 August 2009

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN


Sempena bulan puasa, saya nak kurangkan cerita pasal makan...

1. Membanyakkan membaca/bertadarus al Quran. Membaca satu huruf alQuran mendapat 10 pahala.

Thursday, 20 August 2009

RAMADHAN MUNCUL LAGI

Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi oleh Allah SWT untuk menjalani ibadah dalam bulan yang penuh berkat, yang doa dimakbulkan, pahala digandakan, ada pula lailatulqadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

Semoga kita tidak merasa 'malas' untuk merebut peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba2Nya.



Buka puasa dengan air cendol...alhamdulillah.....

Friday, 14 August 2009

DUKU KELATE DUKU GGANU


Duku Kelate



Dua-dua jenis duku ini memang sedap, duku gganu manis sejuk. Duku kelate manis bersari.
Dua-dua saya suka.


.
Duku Gganu





Friday, 7 August 2009

LAKSA LA PULAK...



Hari ni kira nak makan laksa. Saya suka laksa Penang, cik abang pulak tak suka, dia suka laksa Kelantan. Nampak gaya kena buat dua-dua la... Bahan asas utk dua-dua laksa ni tak lah berbeza sangat. Cuma laksa kelantan ni susah sikit, sebab tak biasa buat.

Friday, 24 July 2009

Kue Beko dan Buah Beko

(kuih beko)


(buah beko)

Nama serupa tapi mereka berbeza macam langit dengan bumi.
Kuih beko dibuat dari kelapa dan gandum kemudian dibakar. Buah beko ni sedap dibuat kerabu
...

Sunday, 19 July 2009

AKOK BUKAN 'AKAK'


Akok ni memang manis bersari, lemak, wangi, dan sedap...
Tapi makan jangan banyak...

Thursday, 16 July 2009

LOMPAT TIKAM


Nama makanan ni memang pelik sikit, tapi rasanya sungguh enak. Sesuai dimakan antara waktu sarapan dan sebelm makan tengahari...agak jam 11.00 gitu.

Thursday, 2 July 2009

TAPAI GORENG


Tapai (tapei) ubi yang digoreng memang sedap. Aromanya sungguh memikat jiwa. Biasanya tapei goreng ada dijual digerai goreng pisang, banyak didapati di Besut dan Kelantan.

Thursday, 18 June 2009

PASAR MINGGU KUALA BESUT





Setiap hari Jumaat, seawal 7.30 pg orang ramai berpusu-pusu datang ke Pasar Minggu Kuala Besut. Macam-macam jenis makanan, buah-buahan, pakaian, ikan, sayur, bundle...pendek kata macam-macam ada.....

Pusing-pusing dua jam tak terasa, sedar2 poket kering..tangan penuh dengan barang2 yang dibimbit..tak larat dah.....