Thursday, 17 December 2009

Monday, 14 December 2009

NASI LEMAK AYAM GORENG


Semalam pergi ke Kota Bharu shopping pakaian sekolah anak2. Sebelum tu kami sarapan kat restoran depan HUSM Kubang Kerian, makan nasi lemak ayam goreng..yang sedap ayamnya..nasi lemak sedap juga...

Tuesday, 8 December 2009

LIMAU MANDARIN


Dulu2 buah ni susah dapat dan popular dikalangan orang cina je. Sekarang berlambak2 di pasar minggu, pasar malam dan pasar raya. Yang tukang angkutnya orang melayu, sebenarnya makan limau ni bagus, dapat mengurangkan kolesterol dalam badan.

Limau ni pulak ada mcm saiz, besar, sedang, dan yang kecil2...peniaga mempopularkannya dengan nama 'baby'.

Bila buah limau ni banyak di pasaran, maka tandanya 'raya cina' dah nak dekat.........

Saturday, 28 November 2009

MENU RAYA HAJI


Pada Hari Raya Haji, ramai orang 'berkorban'...selama 4 hari makan lauk daging je...jadi untuk mengurang lemak, kolesterol, dan mcm2 lagi..kita buat SINGGANG DAGING. Singgang daging ni tak jemu dimakan, malah menambah selera makan.

Sunday, 22 November 2009

GULAI IKAN 'DARAT'


Musim hujan ni sedap benar kalau makan nasi dengan gulai ikan 'darat'. Ikan keli ke, ikan puyu ke, haruan ke.....

Thursday, 19 November 2009

IKAN TERUBUK MASIN


Sewaktu angah pergi lawatan ke sarawak baru2 ni dia ada beli ikan terubuk masin. Saya simpan dalam peti ais, bila tengok hari ni dah jadi macam ikan kering...Tak apalah nak cuba goreng...whao..sedap jugak....

Thursday, 5 November 2009

DARI HAL KELEDEK dan "Ubi-ubian'

Nampaknya musim hujan sudah bermula di kawasan Pamtai Timur, sehubungan dengan itu...ramailah ore2 kampung menjual 'ubi'. Keledek (ubi setelo), ubi kayu, ubi itek, ubi badak dan mcm2 ubi.

Paling senang ubi-ubi ni direbus begitu saja dan makan. Bagi yang rajin dan kreatif, terhasillah mcm2 jenis kueh dari ubi2 ni....

...dan ada satu kue yang di buat daripada keledek namanya 'cek mek'. Sedap sungguh kue ni..

Tuesday, 27 October 2009

MERAH DELIMA


Baru2 ni saya pergi ke Wakaf Che Yeh. Tiba2 terdengar '5 sepuluh, 5 sepuluh....besar2" Rupa2nya orang jual buah delima 5 biji RM10.00, besar2 pulak tu.....

Saya yang memang suka sangat makan buah ni terus beli tanpa banyak bicara...

Thursday, 22 October 2009

DURIAN BELANDA


Durian ini dikenali juga dengan Durian Selat. Boleh dimakan begitu saja atau dibuat jus. Buahnya yang belum masak sepenuhnya (mengkar) sangat sedap dibuat pengat.

Friday, 16 October 2009

'PO NGO TO' = PENGAT

(pisang kelat lega/kelat siam)


Cik Abang bawak balik pisang....pikir2 buat pengat je...senang, sedap, berkhasiat.



Dah siap...pengat pisang

Friday, 25 September 2009

HIDANGAN HARI RAYA




Dalam kemeriahan biskut/kue moden tak leh lawan lemang, ketupat, nasi himpit, rendang sebagai hidangan pada hari raya. Kue2 moden tu, demo pakat tengok je...

Wednesday, 16 September 2009

PECUTAN AKHIR


Kalau disekolah guru2 sibuk dengan persediaan utk murid2 mereka menghadapi peperiksaan; yang terdekat PMR (mula 7 okt).

Maka kita yang ramadhan tinggal 2@3 hari lagi bagaimana ya???

Friday, 28 August 2009

AMALAN DI BULAN RAMADHAN


BERSEDEKAH

Sedekah boleh dilakukan dalam berbagai cara, harta benda, makanan pakaian dan lain-lain lagi

Saturday, 22 August 2009

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN


Sempena bulan puasa, saya nak kurangkan cerita pasal makan...

1. Membanyakkan membaca/bertadarus al Quran. Membaca satu huruf alQuran mendapat 10 pahala.

Thursday, 20 August 2009

RAMADHAN MUNCUL LAGI

Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi oleh Allah SWT untuk menjalani ibadah dalam bulan yang penuh berkat, yang doa dimakbulkan, pahala digandakan, ada pula lailatulqadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

Semoga kita tidak merasa 'malas' untuk merebut peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba2Nya.



Buka puasa dengan air cendol...alhamdulillah.....